Selamat Datai Ngagai Balaunews.Com

Enti bisi berita ke manah tau meh email kitu ngena
ndrwdm025@gmail.com PENYAYAU FOREVER ukai reti kitai mumpung pala orang tang meh nya nyadi ke lalau kitai dikena niri negi sereta ngetan ke UNGKUP bangsa kitai DAYAK ngambi ke bangsa kitai sama bisi penguntung ke jemah ila.
KITAI DAYAK MESTI BERANI NGETAN KE ADAT ASAL SERETA RETA TUAI , AKI, ENGGAU INI KITAI.
ANANG NYUAL BANGSA DIRI, ANANG MALU MADAH KE DIRI BANGSA DAYAK, PEGAI MANAH ADAT ENGGAU BASA TI BESAI.

Thursday, April 2, 2009

Pembangunan Tanah Adat Dayak (NCR).

Tidak salah bagi kerajaan BN hendak memajukan Tanah-Tanah terbiar (NCR) kerajaan juga boleh gunakan kanun-kanun tanah yang ada melalui skim-skimnya, kita menyukung sepenuhnya dasar-dasar tersebut ini kerana untuk kebaikan pemilik-pemilik tanah tersebut terutamanya NCR. Ada dikalangan peserta-peserta yang menerima banyak dividen ada yang sedikit ini tertakluk pada keluasan tanah masing-masing.

Peluang-peluang yang penting ditawarkan juga adalah seperti berikut;
1. Dividen di bayar tiap hujung Tahun mengikut laporan untung dan rugi syarikat.
2. Setelah habis tempoh tanah tersebut akan di serahkan kepada pemilik.
3. Tawaran bekerja diladang-ladang dengan Bergaji hari Rm 8.00/hari (dulu).
Selain tawaran ini apakah tawaran-tawaran yang diberi oleh pemaju-pemaju tanah NCR kepada tuan milik Tanah tersebut?

Pernahkah Tuai-Tuai Rumah dan pemilik Tanah NCR berfikir, bahawa mereka membayar segala bill – bill tiap hujung bulan?
Pernahkah Tuai - Tuai Rumah dan pemilik Tanah NCR berfikir , bahawa mereka makan tiga kali sehari?
Ingatkan juga kepada mereka yang ada anak-anaknya masih sekolah memerlukan banyak belanja?
Ingatkan juga kepada mereka yang anak-anak mudanya ingin menceburi bidang perniagaan dan lain-lain?
Ingatkan juga kepada mereka yang anak-anaknya ingin melanjutkan pelajaran ke University dan lain-lain?
Apakah jaminannya pemaju untuk anak-anak dan masa depan ?
Apakah ada termaktup di dalam perjanjian pembangunan tanah NCR tersebut?
Apakah dengan menerima dividen 0 hinga 2,000.00 setahun memadai?


Contohnya:

A telah menerima 1700.00 ringgit dividen tahun ini. Tiap bulan belanja mereka 300.00 sebulan. ( 1700.00 / 12 bulan = 141.70 sebulan). cukup baik pihak pemaju Tanah NCR bagi dividen 1700.00 setahun setiap perserta tepuk tangan semua.

Anak B ini pula telah lulus dengan baik dan ingin melanjutkan pelajaran ke University duit tak cukup, minta bantuan kerajaan tak dapat, apakah peranan dan jaminan pihak pemaju Tanah NCR terhadap masa depan anak ini?

Anak C tidak bersekolah lagi, dia minat didalam perniagaan kecil-kecil untuk menambah dividen yang di terima tiap tahun, tetapi pinjaman tidak diluluskan atau lambat , apakah peranan pihak pemaju Tanah NCR terhadap kadar ekonomi setempat cukupkah hanya menawarkan perkerjaan buruh kasar dengan bergaji hari atau sekadar jangan tidak?

Disini kita telah beri contoh mungkin ramai lagi yang tidak sedar dan tidak tahu kandungan perjanjian dengan pemaju. Bagi mereka bila sudah sain perjanjian maka tangungjawab yang sepatutnya bolehlah di ketepikan.
Bagi sesetenggah Pemimpin cukuplah sekadar terima 1700.00 setahun tak perlu minta lebih kalau minta lebih nanti Datuk, Tan Seri, YB tak nak bagi jawatan pemanca, penghulu dan tidak mengesahkan jawatan Tuai Rumah.

Sekarang berfikirlah apakah yang di laungkan pihak PEMBANGKANG betul ke tidak? Sebenarnya sekiranya Perkara macam ini dibiarkan ia akan merosakan nilai Bangsa Dayak sendiri, dimana Bangsa dayak masih ketinggalan manakala Datuk-Datuk, Tan Seri dan YB-YB dan kuncu-kuncunya, hidup mewah diatas hasil mereka. Kita bukan membangkang semua pembangunan yang diujutkan oleh kerajaan tetapi ada sesetenggah pembangunan itu menguntungkan sebelah pihak sahaja. “ FIKIR-FIKIRKAN LAH”

No comments:

Post a Comment